Monday, July 13, 2009

mood swing.. lalala..

sejak akhir2 ni, aku sangat sensitif... selalu inginkan perhatian, inginkan layanan istimewa dan kalau boleh, inginkan segala2 nya untuk aku... everything is about me and just me... aku rasa aku mesti dilayan macam puteri raja dan dihargai setiap masa...

tapi tak semua orang boleh layan aku... semua ada tanggungjawab masing2...

tanggungjawab kerja aku pun kena dibereskan... koordinator program request kalau boleh aku habiskan silibus sebelum aku maternity leave.. aduis, nasib baik jugak jadual dan beban tugas semester ni tidak terlalu berat, alhamdulillah...

sekarang ni aku tengah selsema dan batuk tahap tak best punye, badan pun macam lemah, hari ni aku mc sebab nak berehat je kat rumah... ye, aktiviti hari ini ialah tidur dan tidur selepas makan ubat batuk yang kuat... aku cume risau kalau2 sakit ni akan effect baby, mintak2 la my baby strong, bukan macam mama die...

sekarang dah pkl 8.30 malam and ayang masih lagi belum balik, maybe tengah jem kat highway, ayang sekarang pun selalu balik lambat, banyak sangat keja, die selalu mengadu tapi kadang2 aku bagi support, kadang2 aku marah die balik lambat.. ntahlah, mood aku ni swing2, sometimes i can be a perfect wife yang memahami tuntutan kerja suami ku tapi kadang2 aku terlalu mementingkan diri sendiri dan menganggap yang die sengaja balik lambat sebab dah tak nak tengok aku yang semakin hari semakin membesar dengan jaya nya.. hahaha..

inilah yang aku boleh katakan bahawa mood pregnant woman ni selalu berubah2.. sekejap2 baik, bila angin datang semua orang aku nak marah... tapi yang selalu menjadi mangsa kemarahan aku ialah ayang tercinta.. kesian dia, betul cakap dia, nasib baik dia mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, dengan kerja lagi, dengan melayan kerenah aku lagi...

ya Allah, aku berharap agar Engkau bahagiakan lah rumahtangga aku ini dan jauhkan sebarang malapetaka dan bencana menimpa keluarga yang baru kami bina ini... semoga dengan kedatangan ahli baru nanti, aku akan lebih ceria dan lebih tabah menempuh kehidupan... amin...

No comments: