ye, seperti tajuk post ini, "30 hari lagi.." aku sekarang sedang membilang hari bahagia yang akan muncul.. cheh3x macam 30 hari mencari cinta pulak.. InsyaAllah, 30 hari lagi aku akan bergelar isteri kepada encik muhammad umar bin abdul razak. adakah aku sudah bersedia? ye, aku perlu bersedia sebagai isteri, menantu, kakak ipar dan mungkin juga sebagai seorang ibu apabila rezeki kami datang nanti.
sebenarnya aku agak gementar, walaupun sudah lebih kurang 4 tahun aku mengenali bakal suami ku.. dia bukan lah orang yang asing lagi dalam hidupku, dan oleh kerana itulah aku mungkin bersedia menjadi isterinya. tapi sebagai menantu dan kakak ipar, mungkin aku belum bersedia kerana walaupun telah mengenali keluarga alex (umar), kami jarang bertemu dan belum mesra kalau dibandingkan hubungan alex dan family aku. haih, aku berdoa semoga keluarganya dapat menerima aku seadanya. aku berharap tidak akan ada apa2 masalah seperti mana yang selalu orang gembar gemburkan tentang hubungan menantu dan mertua atau ipar duai. aku rasa, keluarga alex mesti orang yang baik2 sebab alex pun baik. mestilah dia baik sebab ajaran dari orang tuanya, kan? hehe.
aku juga bermohon semoga perkahwinan ku ini bahagia, akan kekal sehingga nyawa terpisah dari badan dan anak2 yang bakal lahir dari perkahwinan ini akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah. amin.
kepada kawan2 dan sahabat handai, doakanlah kebahagiaan kami. saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua rakan2 untuk memeriahkan lagi majlis pernikahan kami yang akan diadakan pada 12 december 2008 di batu pahat, johor. resepsi di batu pahat pada keesokan harinya: 13 december 2008 dan resepsi di alor gajah pada 14 december 2008. kepada mereka2 yang tidak mendapat kad, jangan lah terasa hati, mungkin saya terlupa atau tiada contact number anda, InsyAllah, saya akan upload kad jemputan saya di friendster dan facebook.
Tuesday, November 11, 2008
30 hari lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment